Jaket Lama Serlah Gaya Zizan Razak



Jaket hitam yang digayakan Zizan Razak adalah daripada koleksi lamanya.

PENULIS sebenarnya kagum dengan pelakon dan pelawak iaitu Zizan Razak yang semakin bijak dalam memilih fesyen ketika menghadiri majlis-majlis hiburan melibatkannya.






Zizan jarang sekali tampil selekeh dan sentiasa memastikan imejnya sentiasa kemas dan paling penting kelihatan yakin dengan fesyen yang digayakannya.

Lihat sahaja gaya Zizan ketika menghadiri majlis makan malam bersama artis naungan Astro baru-baru ini, lelaki berusia 30 tahun itu menyerlah dengan jaket kulit dari rona hitam dan dipadankan dengan kemeja putih.


Gaya 'mix and match' Zizan ketika hadir ke majlis anjuran Astro baru-baru ini.
Tidak ketinggalan, bow tie dari warna hitam dan sepatu dari jenama mewah melengkapkan gayanya pada malam itu.

Zizan ketika ditemui mendedahkan fesyennya pada hari tersebut sekadar mix and match kerana sebelum acara berlangsung dia sibuk di lokasi penggambaran dan tidak mempunyai masa untuk mendapatkan pakaian baharu.

"Jujurnya tiada sebarang konsep tertentu dan imej saya hari ini adalah hasil daripada apa yang saya nampak dalam almari pakaian dan terus memakainya.

"Jaket ini juga saya sudah lama dibeli dan pernah dipakai beberapa kali sebelum ini," ujarnya.

Apa pun, imej Zizan pada hari tersebut memang ada Stail!
Previous Post Next Post