Kemunculan Semula Kim Jeong Hoon Selepas Tujuh Tahun


Kim Jeong Hoon

PENYANYI Kim Jeong Hoon yang pernah menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bakal membuat kemunculan semula dalam bidang nyanyian.

Agensi pengurusannya, Mersenne Entertainment memaklumkan penyanyi itu akan muncul dengan sebuah album mini yang dijadualkan pada 3 Julai depan.

Album terbaharu itu akan menampilkan imej penggoda Kim Jeong Hoon selepas kehilangannya selama tujuh tahun iaitu pada 2007.

“Album ini akan memuatkan lagu-lagu yang menampilkan aksi emosi yang unik Kim Jeong Hoon.

“Atas dasar itu, pihak kami akan memastikan album ini akan dipromosikan besungguh-sungguh,” kata jurucakap syarikat pengurusannya itu.




Previous Post Next Post