Majlis Akikah Anak Apek & Leuniey, Kayla Elayna



Wah. Comelnya puteri sulung Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha yang diberi nama Kayla Elayna ini. Seronok Abang Nara melihat gambar mereka bertiga di majlis akikah yang telah berlangsung di Tunjong Banquets, Kota Bahru. Nampak bahagia sangat-sangat. Semoga kegembiraan dan kebahagiaan ini akan berkekalan buat selamanya buat mereka.

Untuk makluman, Kayla Elayna telah dilahirkan pada 3 Februari 2014. Sebelum ini ada beberapa gambar Kayla Elayna yang telah dirakamkan selepas kelahirannya. Jelas nampak Kayla membesar dengan sihat dan sempurna. Sama-samalah kita doakan agar puteri Apek dan Leuniey ini membesar tanpa sebarang masalah sehingga dewasa kelak.

Beberapa lagi gambar sekitar majlis akikah Kayla Elayna dengan membaca artikel ini sepenuhnya.






Previous Post Next Post