Menunggu Detik Kelahiran, Didie Alias Semakin Pelupa



Pelakon dan pelawak popular Didie Alias akui menjadi semakin pelupa menjelang detik kelahiran bayi lelakinya pada Julai nanti.

Menurut Didie, sejak awal kehamilan lagi dia tidak mempunyai masalah lain selain menjadi seorang yang pelupa.






“Saya selalu terlupa…Macam hari tu saya dan suami pergi ke kedai barangan bayi untuk membeli barangan keperluan. Tetapi bila sampai kedai lupa barang apa yang hendak dibeli,” katanya ketika ditemui Astro Gempak baru-baru ini.

Didie dijangkakan bakal melahirkan bayi lelakinya itu pada 2 Julai depan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

“Kalau ikut jangkaan doktor, saya bakal bersalin 2 Julai ini, tetapi 16 Jun ni saya akan menjalani pemeriksaan di HUKM. Tetapi doktor suruh saya bersiap sedia takut-takut bersalin awal.

“Sekarang ni perasaan gementar tu tidak lah sangat sebab ini anak keenam kan. Cuma saya kena ingat balik cara nak meneran,” katanya berseloroh.






Tambah Didie lagi dia bersyukur kandungannya sihat dan berharap agar dapat bersalin secara normal dan bakal berpantang di rumah sendiri nanti.
Previous Post Next Post