Desas-desus perpisahan pasangan selebriti popular Neelofa dan Hans Isaac akhirnya menemui jawapan apabila Lofa tampil mengesahkan perkara tersebut.
“Saya tidak mahu terus dibayangi nama Hans Isaac dan memberikan harapan kepada sesiapa sedangkan hubungan kami sudah putus sejak awal Februari lalu. Kami kini hanya kawan dan segala spekulasi mengenai bakal berkahwin hujung tahun adalah tidak benar sama sekali”
“Justeru saya berharap tidak ada lagi cerita membabitkan soal cinta antara kami berdua,” ujar Lofa yang dipetik daripada laporan sebuah akhbar.
Biarpun sudah mengesahkan berita perpisahan mereka, namun Lofa tidak bersedia berkongsi sebab perpisahan mereka sebaliknya menyifatkan sekadar tiada jodoh.