Rita Rudaini Kesal, Aidil Langsung Tak Jenguk Anak



Aktres Rita Rudaini menyatakan perasaan kesal terhadap bekas suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak yang tidak menunaikan janji untuk meluangkan masa bersama dua orang anaknya biarpun dia diberi peluang untuk berbuat demikian.

Malah Aidil juga langsung tidak datang menjenguk Airit Rayyan Rizqin,5 dan Airit Qaqa Arjuna,3, sejak mendirikan rumah tangga bersama Zarema Zainal pada Mac lalu.

Menurut Rita, sebagai ibu dia merasa kecewa dengan sikap bekas suaminya yang tidak berpegang pada janji,






“Wajarlah saya berasa marah apabila dia sendiri tidak menunaikan janjinya untuk meluangkan masa lebih banyak bersama anak-anak.

“Selepas berkahwin dia juga langsung tidak datang bertemu dengan mereka dan saya sendiri tidak pasti sebabnya… Arjuna pula semakin kerap bertanya mengapa ayahnya tidak datang untuk berjumpa dia,” katanya seperti yang dipetik mStar Online.

Bagaimanapun tambah Rita lagi dua minggu sebelum Aidil berkahwin, bekas suaminya itu ada bertemu dengan anak-anaknya namun selepas berkahwin dia tidak tahu mengapa sikapnya berubah.






“Dua minggu sebelum dia berkahwin memang dia hari-hari datang jumpa dengan anak-anak… Saya juga turut menjelaskan situasi kepada Rayyan dan Arjuna bahawa Aidil adalah bapa mereka dan perlu memangilnya ‘Daddy’.

“Hubungan mereka juga semakin rapat biarpun Rayyan agak sensitif sebelum ini… Arjuna yang tidak pernah kenal bapanya pun sudah mula dapat menerima Aidil.

“Sudah tentu saya gembira apabila bekas suami ada kesungguhan untuk rapat bersama anak-anak namun entah mengapa selepas kahwin dia terus berubah.” jelasnya.






ARTISMELETOP: MANUSIA MEMANG SENTIASA BERUBAH IBARAT PANTAI YANG DILANDA AIR
Previous Post Next Post