Konsert Mega Akhir Kilauan Emas 4



Selepas kejutan berlaku pada minggu lalu di pentas akhir Kilauan Emas 4 (KE4), nampaknya pada malam ini tiga finalis yang tinggal bakal membuktikan kemampuan sebenar mereka.

Akui agak tertekan dengan konsert akhir yang bakal berlangsung, Ben, Zain dan Arip bagaimanapun tidak akan mengecewakan para pengundi dan peminat mereka.

“Sememangnya kami tidak tahu langsung tentang perancangan Astro untuk membawa kami bertiga berentap di pentas Mega Final tetapi itulah hakikatnya.






“Kami mengucapkan terima kasih kepada para pengundi yang telah memberi kepercayaan kepada kami sehingga kami berada di sini, hari ini,” kata Zain mewakili Ben dan Zain ketika ditemui baru-baru ini.

Pada malam Mega Final KE4, diiringi orkestra iringan Datuk Ramli MS para finalis dikehendaki menyampaikan tiga buah lagu yang terdiri daripada lagu baru yang telah diubahsuai mengikut kehendak mereka sendiri, lagu duet dan lagu pilihan sendiri.

“Cabaran pada malam Mega Final agak mencabar kerana kami kena nyanyi semula lagu baru kami tetapi telah diberi nafas yang baru.

“Mudah-mudahan kami akan berikan yang terbaik,” kata finalis Arip.Untuk menyaksikan sejauh mana kehebatan tiga otai kita ini, sama-sama nantikan Konsert Mega Final Kilauan Emas 4 bermula jam 9 malam yang dibawakan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan akan disiarkan serentak di Astro Prima dan Maya HD.

Siapakah juara mutlak di antara mereka yang bakal membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai RM100,000, sebuah kereta Toyota Camry beserta trofi? Jawapannya malam ini!






Teruskan mengundi!

SMS: Taip KE PESERTA atau KE<3/5/10>PESERTA untuk (3/5/10 undian) ke 32777. Contoh : KE10 PESERTA KE 32777.

Untuk 20 undian: Taip KE 20 PESERTA ke 32777.

Previous Post Next Post