Zul Ariffin: Abby Abadi Bukanlah Seperti Yang Didakwa Farhan



Kontroversi yang melibatkan bekas pelakon dan penyanyi Abby Abadi pada minggu lepas telah mengejutkan industri hiburan negara apabila kisah perceraiannya menjadi antara yang terhangat dan menjadi pilihan pembaca untuk mengetahui kisah lanjut mengenai perceraiannya bersama bekas suami, Noor Farhan.

Petang semalam berlangsung majlis Seindah Ramadan TV3 di One World Hotel, Bandar Utama dan dikesempatan itu kami turut bertemu dan mendapatkan komen daripada bekas kekasih Abby Abadi iaitu aktor kacak, Zul Ariffin.






“Saya pun tak berani hendak komen mengenai isu ini. Kita tidak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku di sebalik kejadian ini. Apa yang boleh saya cakap sepanjang 3 tahun saya bersama, dia ialah seorang yang baik dan bukanlah seperti yang didakwa”

“Tidak pula dia mencederakan saya. Semuanya baik setakat mana saya bersamanya seketika dahulu. Saya sebenarnya tahu pun perkara itu daripada media dan yang lain-lain saya tidak tahu secara terperinci di sebalik apa yang sebenarnya telah berlaku,“ ujarnya ringkas.

Sementara itu, dia juga turut mengulas mengenai hubungannya bersama Gayatri Su-Lin Pillai yang tidak kerap lagi berjumpa disebabkan komitmen kerjanya yang begitu sibuk sehingga tidak ada masa untuk keluar bersama.






Katanya lagi, dalam setiap hubungan mestilah ada turun dan naiknya.

“Hubungan kami biasa sahaja. Dalam setiap hubungan mestilah ada turun dan naik. Sebelum ini, ayah dia telah meninggal dan saya memang mengenali ayahnya dan peristiwa ini telah berlaku sebulan yang lepas. Disebabkan komitmen kerja yang begitu sibuk menyebabkan kami jarang berjumpa sehinggalah 3-4 bulan yang lepas. Tetapi telefon ada dan itulah jalan penghubung untuk kami berkomunikasi,“ ujarnya mengakhiri perbualan.
Previous Post Next Post