Peminat marah Johan As'ari



KHAMIS lalu kecoh apabila ada ahli kelab peminat Johan As’ari bising-bising kepada Miss J tentang kelab mereka yang khabarnya sudah dibubarkan.

Ada macam-macam maklumat yang Miss J dengar sampai naik senak perut.

Ada ke kelab peminat Johan itu? Bukan apa Miss J sendiri pun tak pernah ambil tahu tentang kelab peminat artis walaupun Miss J tahu ada macam-macam nama untuk menggambarkan kehebatan mereka.

Yang Miss J dengar ada yang sudah mengamuk sampai nak lepas jawatan bagai. Kiranya orang kuat kelab peminat Johan ini nak undur diri dan sudah tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan pelakon ini.

Cuma Miss J tak pasti sama ada semua kekecohan ini berpunca daripada Johan atau orang lain. Lagipun pengunduran diri beberapa ahli tidak menggambarkan yang kelab tersebut akan tutup.

Tapi dalam cerita kelab Johan ini mungkin berpunca daripada rasa tak puas hati segelintir pihak sahaja terhadap aktor tersebut.

Satu yang Miss J nak nasihatkan kepada kelab peminat, tak kiralah kelab mana pun. Dalam sesebuah kelab ini jangan ada agenda lain. Apabila niat tak betul, mesti ada yang tak kena. Sebab itu ada kelab yang umpama hidup segan mati tak mahu.

Dulu semasa peminat Miss J nak tubuh kelab peminat pun Miss J halang. Tak mahu jadi hal-hal macam inilah. Apabila suka mereka sanjung, sudah tak suka dibuang begitu sahaja.




Previous Post Next Post