Sikap Tidak Bertanggungjawab Bapa Kandung Beyonce Knowles



Bapa kandung kepada penyanyi R&B dan Pop Soul, Beyonce Knowles iaitu Matthew Knowles sekali lagi menjadi perhatian pihak media di Amerika Syarikat selepas diminta bertanggungjawab ke atas kelahiran seorang bayi perempuan hasil hubungan sulitnya dengan model pakaian dalam bernama TaQoya Branscomb.

Dipetik menerusi laporan Daily Mail, wanita tersebut telah mencabar Matthew untuk menjalani ujian DNA bagi mengesahkan bayi perempuan itu yang dilahirkan pada 2010 di Harris Countr, Texas.

Wanita berusia 30 tahun ini turut menuntun bayaran perbelanjaan harian anak tersebut termasuk ganti rugi dalam mengemukakan kes tersebut di mahkamah.

Walau bagaimanapun tiada sebarang kenyataan telah dikeluarkan oleh Matthew mahupun ahli keluarga mereka sendiri.

Sebelum ini, Matthew telah bercerai dengan isterinya, Tina selepas hampir 31 tahun mendirikan rumahtangga. Punca utama mereka berpisah selepas Matthew didakwa mempunyai seorang anak lelaki hasil hubungan sulitnya dengan aktres kelahiran Kanada iaitu Alexsandra Wright.




Previous Post Next Post