Yi-han, Ji-won nafi hangat bercinta


Kiri YI-HAN, JI-WON

PELAKON kacak Korea Selatan, Jin Yi-han menafikan khabar angin yang mendakwa dia sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon gandingannya dalam drama Empress Ki, Ha Ji-won.

Yi-han berkata, keintiman yang digembar-gemburkan itu sebenarnya tidak benar sebaliknya mereka sekadar bersahabat.

"Saya sangat terkejut apabila mengetahui gosip ini. Mana ada saya bercinta dengan dia, memang kami kenal sudah lama tetapi hanya kawan biasa," tegas Yi-han yang kini berusia 35 tahun.

Menerusi drama tersebut, Yi-han menggalas karakter sebagai tokoh bernama Tal Tal manakala Ji-won memegang watak Ki Seung-nyang.

Biarpun kedua-duanya membawakan watak sebagai guru dan anak murid, namun pasangan tersebut menunjukkan keserasian yang luar biasa sehingga menimbulkan khabar angin kononnya ada cinta sedang berputik.

"Sebenarnya kami hanya berkawan dan kebetulan umur kami sebaya. Mungkin gosip ini timbul disebabkan ramai yang melihat kami bersama di lokasi penggambaran," ulas Yi-han.




Previous Post Next Post