Isu Boikot: Afdlin Shauki Minta Lakukan Dengan Bijak



Pelakon dan Pengarah Filem Afdlin Shauki mohon kepada semua rakyat Malaysia faham dengan teliti mengenai istilah boikot barangan Israel susulan kekejaman zionis terhadap penduduk Gaza terutama kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi korban.

Menerusi laman Instagram beliau memberi pendapat boikot mengikut kemampuan bukan mengikut emosi, dan memberi contoh sekiranya di rumah mempunyai 10 tin Milo jangan terus buang tetapi habiskan dahulu barulah tidak membeli produk tersebut.

Ini adalah kerana barangan yang dibeli itu tidak jatuh hukum haram, dalam pada itu, beliau juga berkongsi pengalamannya ketika membuat lawatan misi kemanusiaan ke Gaza dan telah dihidangkan dengan air minuman Coke.

Afdlin menyatakan tidak salah untuk minum kerana untuk menjaga hati tuan rumah, kerana itu antara salah satu air minuman yang boleh dibeli terus dari Israel, itu dipanggil darurat akibat sekatan ekonomi yang dibuat oleh Israel yang menyebabkan rakyat di sana tiada pilihan.

Berbeza di Malaysia, rakyat di sini mempunyai pelbagai pilihan sama ada mahu terus tidak membelinya atau sebaliknya, sekali lagi Afdlin menegaskan boikot mengikut kemampuan, jika ia telah menjadi satu keperluan perlu cari alternatif lain.

Boikot boleh jadi ibadah bukannya tempat untuk luahan marah secara membuta tuli.


Previous Post Next Post