KANGANA RANAUT menjadi rebutan para pengarah filem di Bollywood dan Eropah.
SELEPAS menandatangani perjanjian untuk projek filem bersama sebuah syarikat produksi Perancis, kini jelitawan Bollywood, Kangana Ranaut dirisik pula produksi filem Itali.
Menurut sumber terdekat, baru-baru Kangana dikatakan telah dirisik oleh seorang pengarah ternama Itali, Edoardo De Angelis untuk memegang watak utama dalam filem, berjudul Massimiliano Gallo.
Walaupun teruja dengan tawaran yang diberikan kepadanya, Kangana masih berkira-kira untuk menerima tawaran tersebut, memandangkan dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem di India.
"Kangana Ranaut skeptikal untuk menerima sebarang tawaran memandangkan jadual lakonannya kini padat.
"Dia juga bakal mermbintangi filem arahan Nikhil Advani menjelang September, diikuti dengan filem arahan Tanu Weds Manu menjelang penghujung tahun ini," ujar sumber.
Apabila dihubungi portal hiburan Bollywood, Bollywood- life.com, Kangana dalam kenyataannya berkata, dia berasa sangat terharu apabila kebanyakan pembikin filem Eropah melihat bakat lakonannya.
Namun demikian,, dia menegaskan bahawa dirinya lebih senang untuk bekerja di bawah arahan beberapa pengarah yang sudah biasa dengannya termasuk Irrfan Khan.