
The Best Of Dj Fuzz
Lagu: 100% Cintaku, Gadis Jolobu, Oghe Kito, Si Katak, Rembau Most Wanted, Ragam Manusia, Parti Sampai Pagi (P.S.P), Dengan, Isi Puisi, Botingkek, Pencuri, Pak Pung 2013, Bangkit, Aku Pelat, Selamat Pagi Sayang, Dimanapun Engkau Berada dan Ya Iyalah.
DJ FUZZ satu nama yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat muzik hip hop tempatan. Penerbitan The Best Of Dj Fuzz ini sebagai buah tangan terbaharu Dj Fuzz dengan menampilkan beberapa nama artis popular masa kini.
Lagu-lagu seperti Gadis Jolobu, Si Katak, Rembau Most Wanted dan Oghe Kito juga sedang intim di telinga peminat muzik.
Album kompilasi Dj Fuzz ini turut menampilkan artis baharu Mixology Music iaitu Iwere yang kini popular menerusi lagu Oghe Kito.
Menariknya Iwere, seorang pemuda berbangsa India yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan membuktikan muzik mengatasi budaya dan bangsa.
Buktinya lagu Oghe Kito bukan sahaja disampaikan dalam dialek Kelantan bahkan menggunakan konsep muzik dan nyanyian seperti dalam permainan dikir barat.
Sebagai memodenkan rentak dikir barat, unsur hip hop juga dimasukkan lagu berkenaan hasil kolaborasi bersama Dikir Warriors.
Atas sambutan yang menggalakkan, Mixology Music dan Rusa Music kini menampilkan seleksi tanpa rugi hasil dendangan daripada Mas Idayu, W.A.R.I.S, Mark Adam, Iwere, Noh Salleh, Altimet, Nabil Zamanhuri, Karma, Saiful Apek, Isma, Salammusik, Aizat Amdan, Dikir Warriors dan Adeep Nahar ke dalam sebuah album. The Best Of Dj Fuzz mula beredar di pasaran sejak 25 Julai lalu.