Elizabeth Hurley Dibayar RM254,600 Untuk Dicium Depan Umum


Elizabeth Hurley

AKTRES Elizabeth Hurley sanggup dibayar mahal untuk dicium dalam sebuah acara amal yang dianjurkan oleh Elton John.

Menurut laporan portal Dailymail, seorang ahli perniagaan kaya, Julian Bharti telah membelanjakan wangnya sebanyak $80,000 (RM254,600) untuk mendapatkan ciuman daripada Elizabeth.







Elizabeth dan Julian.

Wang yang dibayar itu akan disalurkan kepada beberapa badan amal yang terlibat dengan acara tersebut.

"Ciuman antara Elizabeth dan Julian mendapat sambutan hangat dan para tetamu bersorak apabila masing-masing memberikan ciuman panas," kata salah seorang tetamu pada acara itu.

Bagaimanapun ciuman Julian dan Elizabeth sikit pun tidak membuatkan isteri lelaki itu, Christy, cemburu, sebaliknya menganggap ia sebahagian aktiviti bagi menjayakan acara amal tersebut.


Previous Post Next Post