FBI, Apple pantau penyebaran foto peribadi



SEJUMLAH foto peribadi artis Hollywood seperti Jennifer Lawrence, Emma Watson, Rihanna dan ramai lagi telah digodam dan tersebar di media maya, lapor NBC News.

Tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu digelar 'perbuatan khianat terhadap peribadi', FBI dan gergasi telekomunikasi, Apple, kini tampil menyiasat kes berkenaan.

Akaun simpanan atas talian 'iCloud' dilaporkan digodam oleh pengodam dari laman forum 4Chan.






Pengodam tidak dikenali tersebut juga meluahkan rasa tidak puas hati atas hasil keuntungan menyebarkan gambar-gambar peribadi tersebut.

Jurucakap Apple, Nat Kerris memberitahu bahawa privasi pengguna laman iCloud adalah satu perkara serius.

"Kami akan menyiasat perkara ini," katanya.

Sementara itu, jurucakap kepada Jennifer Lawrence memberitahu, sesiapa yang memuatnaik foto berkenaan akan dihukum.

Rata-rata mangsa serangan godam berkenaan meluahkan rasa kesal dan marah di laman sosial masing-masing.


Previous Post Next Post