Ramli MS buat doa selamat



“SAYA memang merancang untuk buat majlis bulan ini, tapi bukan majlis resepsi seperti yang dihebohkan.,” jelas pemuzik terkenal tanah air, Datuk Ramli MS ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa, majlis resepsinya bersama penyanyi Alyah yang bakal berlangsung pada hujung September ini.

Mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Ramli memberitahu, dia merancang untuk mengadakan majlis doa selamat supaya proses menyiapkan rumah barunya itu berjalan dengan lancar.






“Sebenarnya bila cakap soal rumah ia agak sensitif kerana saya terpaksa mengeluarkan kos lebih kurang dua kali ganda gara-gara ditipu oleh kontraktor.

“Sekarang rumah itu masih dalam proses pembinaan dan bakal mendapat Sijil Layak Menduduki (CF), jadi saya mahu adakan majlis doa selamat supaya semuanya berjalan dengan lancar.

“Apa yang dihebohkan sebelum ini adalah tidak benar. Tidak mungkin selepas sebulan kami diserbu terus mahu adakan resepsi,” ujarnya berseloroh.

Beliau yang ditemui ketika menghadiri siasatan perkahwinan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) semalam menegaskan apa yang berlaku bukanlah perkara yang perlu diperbesarkan.




“Bagi saya ini adalah isu normal dimana ia berkaitan soal hitam putih kehidupan sebagai seorang manusia.

“Saya tidak kesal atau marah dengan apa yang berlaku tapi saya belajar sesuatu di mana saya perlu lebih berhati-hati dan tidak perlu percaya semua orang.

“Selepas apa yang berlaku, saya dan Alyah masih akan teruskan rutin kami seperti biasa. Yang penting kami sudah halal dan saya tidak kacau kehidupan orang lain,” tegasnya.

Semalam, Jais mengesahkan bahawa Ramli dan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan telah bernikah pada 18 Mac 2013.

Bagi melengkapkan siasatan pihat Jais, Ramli juga telah menyerahkan bukti sokongan iaitu pengesahan dari kedutaan Indonesia berkaitan hal pernikahannya.
Previous Post Next Post