Nik Michael, kekasih terlebih mesra



BEBERAPA minggu lalu, Mizz Lahar dan teman baik Mizz Lahar, Fitrah Larasati pergi ke sebuah festival terbuka di ibu kota yang menampilkan barisan penghibur popular.

Sudah lama kami merancang untuk pergi ke festival itu bersama. Selain Mizz Lahar dapat berborak dengan Larasati tentang pengalamannya shopping sakan di kota Paris baru-baru ini, kami juga dapat menonton persembahan menarik di sana.

Yelah, ramai sangat artis antarabangsa yang membuat persembahan. Haruslah kami berdua berasa teruja untuk melihat penyanyi kegemaran beraksi secara langsung di atas pentas.






Sejak pukul 4 petang lagi kami berdua sudah berkampung di sana. Meriah! Ada pelbagai gerai dan aktiviti disediakan untuk pengunjung. Semuanya kami cuba!

Tetapi, ketika mahu masuk ke ruang menonton, kami berdua ternampak kelibat cef selebriti terkenal, Cef Nik Michael sedang berpelukan mesra dengan seorang wanita!

Kami berasa sungguh terkejut melihat aksi mereka berdua. Bayangkan, ketika orang lain sedang berpusu-pusu mahu menonton persembahan, mereka berdua pula sibuk bercengkerama di bahagian belakang.

Romantik betul, cemburu pula Mizz Lahar memerhatikan aksi pasangan sejoli itu.

Sebenarnya, Mizz Lahar tak pasti apakah status mereka berdua, tetapi daripada gerak-geri dan layanan Nik terhadap wanita itu, nampak sangat dia adalah kekasih Nik.




Cuma, Mizz Lahar nak cuit sikit cef muda seorang ni. Mizz Lahar harap, Nik jangan ambil hati dengan teguran Mizz Lahar ya. Harapnya untuk masa akan datang, Nik lebih menjaga tingkah laku dan janganlah terlebih mesra sangat dengan kekasih di khalayak umum.

Lagipun, sebagai seorang yang dikenali dan sering muncul di kaca televisyen, Nik kena fikir, tak semua orang boleh menerima cara yang mungkin Nik rasa tak perlu nak dikecohkan sangat.

Apapun, Mizz Lahar doakan semoga hubungan tersebut kekal. Kalau kahwin, jangan lupa jemput Mizz Lahar ya.

MIZZ LAHAR: Tahniah untuk akhbar Kosmo! yang meraikan ulang tahun ke-10.
Previous Post Next Post