Pengacara Fashion Police, Joan Rivers mati



PENGACARA program hiburan sensasi Holloywood, Fashion Police, Joan Rivers meninggal dunia di sebuah hospital di New York semalam pada usia 81 tahun.

Rivers dimasukkan ke Hospital Mount Sinai sejak 28 Ogos lalu apabila berhenti bernafas selepas menjalani satu pembedahan peti suara di sebuah klinik di New York.






“Dengan dukacita, saya mengumumkan berita kematian ibu saya, Joan Rivers.

"Dia meninggal dunia pada 1.17 petang dan keluarga serta teman rapatnya berada di sisinya sewaktu menghembuskan nafas terakhir,” menurut kenyataan anaknya, Melissa Rivers.

Rivers sebelum ini terkenal dengan 'mulut celupar' apabila mengacara program mengenai fesyen artis Hollywood di majlis karpet merah.




Terbaharu, Rivers dilaporkan pernah mengeluarkan kenyataan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin.

Laporan itu menyebut, Rivers bukan sahaja mempertahankan tindakan Israel malah menyifatkan tentera Hamas sebagai pengganas dan merendah-rendahkan serta menghina penduduk Palestin.

Bagaimanapun, Rivers segera menafikan pernah membuat kenyataan itu dan mendakwa pihak media salah faham mesej yang ingin disampaikan.
Previous Post Next Post