Ailee tampil langsing demi Magazine



PENAMPILAN terbaharu penyanyi jelita Ailee menerusi album mini pertamanya, Magazine menarik perhatian ramai apabila penyanyi itu tampil lebih langsing berbanding pada awal kemunculannya dalam industri hiburan Kpop tiga tahun lalu.

Menurut laporan portal hiburan Korea, Allkpop.com, pada persembahan Ailee di Ilchi Art Hall, Cheongdamdong baru-baru ini, dia turut mendedahkan rahsia penurunan berat badannya.






“Saya hanya makan makanan dalam jumlah 500 kalori sehari. Dalam masa sebulan sahaja, saya berjaya menurunkan 10 kilogram. Saya akui agak susah untuk menjaga diet apabila sibuk dengan persiapan album baharu ini,” katanya.

Tambah Ailee, dia benar-benar menjaga pemakanannya dan pada masa sama bersenam untuk tampil lebih kurus.

“Bagaimanapun, apabila berat badan saya kurang, stamina pula menjadi lemah. Persembahan vokal juga kurang mantap,” dedah gadis berusia 25 tahun itu.


Previous Post Next Post