Aktres Paula Patton akhirnya memfailkan perceraian terhadap suaminya, Robin Thicke yang merupakan pelantun lagu popular Blurred Lines. Bagaimanapun, mahkamah di Los Angeles masih belum mengesahkan berita tersebut.
Paula yang popular menerusi filem Baggage Claim meletakkan alasan punca perpisahan adalah disebabkan tidak ada persefahaman lagi antara mereka selepas hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga.
Dalam permohonan perceraian tersebut, Paula turut memohon hak penjagaan penuh ke atas anak lelakinya, Julian Feugo yang kini berumur empat tahun.
Sebelum ini, Robin dan Paula pernah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perpisahan mereka pada 24 Februari lalu.
Penyanyi Miley Cyrus pernah disebut-sebut menjadi penyebab hancurnya rumah tangga mereka.
Pasangan itu yang dikurniakan anak lelaki mula bercinta ketika zaman remaja dan melangsungkan perkahwinan pada tahun 2005.