Penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza dengan prinsip enggan mengulas lanjut komen yang dibuat oleh Hairul Anuar Harun menerusi laman Facebook.
Menurutnya, sekiranya beliau memberi komen, ia boleh memberi impak negatif kepada hubungan komposer dan juga penyanyi.
Ketika malam persembahan di Anugerah Skrin 2014 baru-baru ini, Stacy dikatakan kononnya telah menyanyikan lagu Cindai dengan lirik yang salah.
Bagaimanapun Stacy telah menjelaskan di portal Astro Gempak, dia hanya memenuhi permintaan pihak penganjur iaitu (TV3) yang inginkan kelainan dan nampak segar.
Namun, penulis lirik Cindai, meluahkan perasaan tidak puas hati dan menyifatkan ia agak keterlaluan.