Transformasi wajah Mary-Kate Olsen



BERBEZA. Kiri : Wajah baharu Mary-Kate yang kelihatan ketara berbeza dengan wajah aslinya.

Seperti satu virus, kisah barisan selebriti popular Hollywood melakukan pembedahan plastik kini hangat diperkatakan.

Terkini, ia menjadi giliran Mary-Kate Olsen yang didakwa telah melakukan tindakan yang sama pada wajahnya. Bagaimanapun, dakwaan tersebut bukan satu tuduhan tanpa bukti.

Sebaliknya, kehadiran bekas bintang cilik itu ke majlis World of Children Awards 2014 pada minggu lalu bersama kembarnya, Ashley Olsen itu telah menjadi bukti jelas selebriti tersebut telah melakukan perubahan pada wajahnya.

Mary-Kate tidak lagi kelihatan semula jadi cantik dengan wajah keanak-anakkannya dan sepasang mata bundar serta senyuman yang manis seperti dahulu.

Sebaliknya, wajah Mary-Kate kelihatan lebih runcing pada bahagian pipi dengan tulangnya dilihat lebih tinggi dan matanya nampak lebih kecil daripada asal.

Biarpun gadis yang telah membina empayar fesyennya itu belum memberi sebarang penjelasan, namun sudah banyak pihak yang tanpa sangsi menjatuhkan hukum bahawa memang Mary-Kate telah melakukan pembedahan plastik terhadap wajahnya. Tindakan itu disifatkan sebagai kurang bijak kerana ramai yang berpendapat dia kelihatan lebih cantik dengan wajah aslinya dahulu.


Previous Post Next Post