Akim & The Magistrate buat julung kalinya meraih Anugerah Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) merupakan pencapaian terbaik buat dirinya.
Sebelum ini imejnya tercalar dek kerana membuat persembahan tidak bermaya di separuh akhir muzik-muzik bulan lalu.
Sebagai balasan, anugerah ini penebus kekecewaan buat dirinya dan hadiah untuk peminat.
“Itulah sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai diri saya fikirlah dahulu, persepsi yang negatif boleh mengecewakan hati ibu dan ayah saya.
Alhamdulilah rezeki berpihak kepada saya untuk meraih anugereh ini,” katanya kepada portal Murai.com.my
Menurutnya, dia turut bersyukur lagu Mewangi telah melonjakkan lagi nama Akim & The Magistrate agar setanding dengan kumpulan muzik yang lain.
“Pentas AIM dan pentas Anugerah Juara Lagu adalah berbeza, adat pertandingan ada yang menang ada yang kalah, sebagai anak muzik karier saya ini perlu diteruskan demi perkembangan muzik tempatan,” ujarnya mengakhiri bicara.