#GegarVaganza: Giliran Nadia Mengundur Diri



Tiada lagi vokal serak-serak basah daripada Nadia apabila namanya diumumkan sebagai peserta ketiga tersingkir di minggu keempat GegarVaganza yang bersiaran pada Ahad.

Pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse mengumumkan 8 peserta layak meneruskan persaingan ke minggu ketiga menjadikan dua peserta lagi iaitu Nadia dan Rahmat Mega berada dikedudukan terendah.

Nasib tidak menyebelahi penyanyi yang pernah popular dengan lagu berjudul ‘Salam Buat Kekasih’ itu apabila fotonya terpapar di skrin gergasi sebagai peserta yang terpaksa menamatkan perjalanannya pada minggu keempat GegarVaganza.




Nadia bagaimanapun tenang menerima keputusan tersebut dan berterima kasih kerana diberi peluang untuk beraksi kembali di pentas GegarVaganza.

“Sepanjang saya berada di dalam program ini, saya rasa seronok kerana diberi peluang untuk menyanyi kembali dan saya juga banyak belajar melalui kawan-kawan seperjuangan di GegarVaganza.” katanya tersenyum.

Untuk minggu keempat GegarVaganza yang bertemakan 'Ada Berani', Nadia telah menyampaikan lagu berentak rock berjudul Pawana.

Kini tinggal 9 lagi peserta yang akan bersaing untuk merebut gelaran juara.

Siapa peserta yang bakal mengikut jejak Hasnol? Saksikan Gegar Vaganza setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan Astro Mustika HD (saluran 134).


Previous Post Next Post