Dafi Kini Di Bawah Syarikat Pengurusan Ahmad Dani



Susulan daripada khabar angin yang mengatakan penyanyi Dafi mengalami masalah dengan syarikat pengurusannya, penyanyi Salahkah Aku itu kini mengambil keputusan untuk bernaung di bawah syarikat pengurusan milik pemuzik dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dani.

Tapi itu tidak bermakna Dafi perlu meninggalkan Laugh Out Lout Entertaiment Sdn Bhd (LOL Entertaiment), kerana Ahmad Dani menerusi syarikat pengurusannya Republik Cinta Management telah mengikat perjanjian selama setahun hanya untuk menguruskan kerjaya seni Dafi di Indonesia.

Berita gembira itu telah diberi tahu sendiri pengurus Dafi iaitu Afeeq kepada portal murai.com.my baru-baru ini dan menganggap gabungan berkenaan sebagai sesuatu yang membanggakan buat artis di bawah syarikat pengurusannya itu.

Afiq berkata, majlis menandatangani kontrak antara Dafi dan Republik Cinta Management telah diadakan di Jakarta, Indonesia khamis lepas dengan disaksikan pihak media Indonesia dan tidak ketinggalan Ahmad Dani sendiri.




“Penyertaan Dafi bersama-sama Republik Cinta Management akan berkuat kuasa bermula Januari 2015 untuk tempoh selama setahun, di mana Ahmad Dani akan menguruskan segala urusan kerjaya seni termasuk album Dafi di Indonesia.

“Sememangnya sudah lama mereka ingin berkerjasama dan nampaknya baru sekarang kesempatan itu dapat dipenuhi,” katanya yang memandang positif dengan penyertaan Dafi dengan syarikat pengurusan Ahmad Dani itu.

Jelas Afiq, lebih membanggakan lagi kerana Dafi merupakan artis tempatan pertama yang telah dipilih oleh Ahmad Dani untuk bernaung di bawah syarikatnya.

Katanya lagi, meskipun Dafi sudah bernaung di bawah syarikat pengurusan itu, tetapi pihak LOL Entertaiment masih lagi menguruskan kerjaya seni Dafi seperti biasa terutama segala urusan berkaitan di dalam negara.

“Saya tidak dapat hadir pada majlis berkenaan kerana keadaan kesihatan saya yang kurang mengizinkan. Bagaimanapun Dafi telah ditemani keluarganya termasuk kakaknya untuk merealisasikan impian itu.

“Malah apa yang megejutkan, majlis berkenaan telah diadakan secara besar-besaran dengan dihadiri ramai media tempatan di sana dan itu menunjukkan mereka sangat komited serta mengalu-alukan kehadiran Dafi ke sana,” katanya gembira.


Previous Post Next Post