Keluarga Bahagia Khai & Rosma AF Bersama Sepasang Cahaya Mata



Sudah lama rasanya tidak melihat kelibat pasangan suami isteri yang pertama dihasilkan dari Akademi Fantasia iaitu Khai dan juga Rosma. Berpeluang menjengah Instagram pasangan ini, kami kongsikan beberapa foto mereka yang kini telah berkeluarga dengan dua orang anak, Muhammad Amzar Danish dan Nur Amani Damia.

Selepas sepi daripada dunia seni iatu sebagai penyanyi, pasangan ini giat membina perniagaan dan mencari rezeki daripada sumber itu. Menerusi gambar yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Rosma kini tampil dengan mengenakan hijab sejak beberapa minggu lalu.




Lebih manis, ternyata penghijrahan ini mendapat reaksi positif daripada pengikut dan peminatnya . Sungguh pun sibuk dengan perniagaan mereka,kasih sayang yang diberi menunjukkan mereka ibubapa yang menjalankan tanggungjawab sepenuhnya buat anak tersayang.

Pasangan ini dilihat tidak melupakan untuk membahagikan masa untuk bersama anak-anak walaupun sibuk mencari rezeki.Tahniah Murai.com.my ucapkan kepada Khai sekeluarga. Semoga kebahagiaan yang dikecapi ini kekal hingga ke akhir hayat

Jom kita tengok foto mesra keluarga bahagia Khai dan Rosma ini.




Previous Post Next Post