Ibu Awie meninggal dunia pada pukul 8 pagi Jumaat kerana sakit tua.
Ibu kepada vokalis kumpulan Wings iaitu Awie meninggal dunia kira-kira pukul 8 pagi kerana sakit tua.
Azizah Abdul Hamid, 75, menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman penyanyi itu di Ukay Perdana, Ampang, dekat sini.
Artis Meletop difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cheras selepas solat Jumaat.
Allahyarham tinggal bersama Awie sejak lelaki itu mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya, Rozana Misbun.