Isu Berlagak Zizan Razak Memohon Maaf



Kami rasa permohonan maaf Zizan Razak yang dimuat naik ke akaun Instagram beliau petang ini lebih merujuk kepada penggunaan kata hitam manis terhadap Dayang Nurfaizah di pentas Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) malam Jumaat lalu.




Tetapi, tidak salah juga kiranya permohonan maaf ini diambil semua sebagai sesuatu yang positif termasuklah Nur Fazura yang dikhabarkan kurang senang atau meluat dengan sikap Zizan Razak yang menyampuk ketika juri itu memberikan komen.



“Saya hendak memohon maaf dengan seikhlas-ikhlasnya atas kata kata saya yang mungkin telah menyinggung perasaan sesiapa saja yang menyaksikan saya di pentas MLM minggu lepas”

“Saya hanya berniat bergurau dan tidak pernah berniat untuk mengguris hati sesiapa pun. Maafkan saya. Jujur dan ikhlas dari saya,” tulis Zizan Razak sebentar tadi.

Bagus juga tindakan Zizan Razak memohon maaf sekali sapu bersih semua dan tidak memanjang cerita. Dunia hiburan kecil sahaja, mana tahu boleh bergandingan nanti dalam apa apa projek di masa hadapan, ‘kan senang rezeki dikongsi bersama.



Previous Post Next Post