Akhirnya mahkamah mempunyai kata putus terhadap permohonan nafkah anak anak yang dituntut oleh Rita Rudaii sejak tahun 2012 yang lalu.
Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling hari ini memerintahkan Aidil Zafuan Abd Razak untuk membayar RM3,000 sebulan kepada Rita Rudaini, sebagai nafkah anak-anaknya dan menolak beberapa permohonan bekas isteri pemain bola sepak itu.
Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah menolak tuntutan bayaran bagi susu, lampin pakai buang dan pengasuh kerana dokumen yang diserahkan tidak selari dengan tuntutan.
Rita Rudaini sebelum ini menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak mereka Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4 merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh, lampin pakai buang, tempat tinggal dan percutian.
Mahkamah turut mengarahkan Aidil Zafuan membayar jumlah RM3,000 itu ke dalam akaun bank Rita Rudaini bermula Februari depan selewat lewatnya 5 haribulan setiap bulan.