Justin Bieber jiran paling teruk



PENYANYI pop terkenal, Justin Bieber antara selebriti yang bermasalah. Terbaharu, dia telah diundi sebagai penghuni rumah paling teruk di kawasan kejiranan. Menurut laporan sebuah laman web hartanah, Zillow, Bieber telah dinobatkan sebagai jiran paling tidak diingini kerana dia dikatakan sering mengganggu ketenteraman penduduk di kawasan kediamannya.

Ketua Pegawai Pemasaran syarikat Zillow, Amy Bohutinsky berkata, penyanyi berusia 20 tahun itu mendahului senarai undi dengan lebih satu pertiga undian.





“Sebanyak 34 peratus undian bersetuju Bieber seorang jiran yang teruk. Malah, tiada siapa yang berminat untuk tinggal berhampiran kawasan perumahannya.

“Mungkin disebabkan dia pernah didakwa memandu kereta Ferrari miliknya secara melulu di kawasan perumahan mewahnya di Calabasas, Los Angeles dan sering menimbulkan kemarahan kejiranan dengan berparti sehingga lewat malam.

“Ini menyebabkan Bieber menerima peratusan undian tertinggi dalam sejarah kaji selidik yang kami lakukan,” ujar Amy Bohutinsky kepada pihak media.



Previous Post Next Post