Ailee nafi bedah muka


PELANTUN popular lagu Heaven, Ailee menafikan khabar angin yang mendakwa dia telah melakukan pembedahan muka.

Dia yang dikejutkan dengan jeritan yang mendakwa dirinya melakukan pembedahan plastik ketika melakukan lawatan ke Sekolah Menengah Perempuan Seogwipo di pulau Jeju baru-baru ini mengakui terkejut dengan berita itu.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 25 tahun itu menafikannya dan memberitahu, dia tidak pernah melakukan pembedahan plastik semata-mata mahu memiliki rupa paras yang jelita.

“Kalian ingin menyentuh wajahku?” tanya pelantun lagu Dont Touch Me kepada pelajar wanita yang memfitnahnya melakukan pembedahan muka.



Previous Post Next Post