Jika nama pelakon Hollywood Mark Wahlberg pernah sinonim sebagai model seluar Calvin Klein paling popular sekitar era 90-an, kini takhtanya itu telah dirampas oleh bintang pop remaja tersohor dunia Justin Bieber.
Minta maaf Mark Wahlberg, kerana Justin Bieber nampaknya lebih hebat dengan bentuk fizikalnya yang berketak dan dipenuhi tattoo sebagai lambang lelaki sejati, apatah lagi cukup maskulin dalam usiannya yang baru mencecah 20 tahun.
Malah, Justin Bieber dengan beraninya telah memberikan pose paling ghairah bersama-sama model terkenal Lara Stone tanpa menyarungkan sebarang baju dan gambar itu telah dimuat naik di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Semuanya gara-gara pemilihan Justin Bieber sebagai wajah dan duta terbaru jenama fesyen Calvin Klein khusus untuk seluar juga pakaian dalam untuk lelaki bagi jenama terkenal berkenaan.
Dalam menjayakan kempen terbaru jenama seluar dalam pilihan ramai itu juga, Justin Bieber turut memberikan beberapa pose maskulin dengan hanya menyarungkan seluar dalam hitam putih Calvin Klein yang telah dikongsikan di dalam laman Facebook miliknya.
Ramai juga yang memuji bentuk fizikal yang dimiliki penyanyi muda berkenaan sejak dia kembali pulih dan mendapatkan latihan fizikal daripada jaguh tinju dunia Floyd Mayweather.
Sebelum Justin Bieber, kempen seluar dalam itu turut membabitkan beberapa nama popular global antaranya Brooke Shields, Kate Moss dan paling terbaru Kellan Lutz.
Bagaimanapun ramai menyifatkan pemilihan Justin Bieber sebagai wajah terbaru jenama berkenan bertepatan sekali kerana bilangan trending yang paling berjaya sejak penyanyi kontrovesi itu mengwar-warkannya di laman sosial.