PELAKON Kim Soo Hyun diumum sebagai aktor paling kaya tahun 2014 ini.
Kim yang berusia 26 tahun ini terkenal di peringkat antarabangsa melalui drama siri berjudul Dream High dan The Moon That Embraces The Sun.
Kenaikan mendadak harga bayaran Kim adalah selepas dia membintangi drama Man From The Stars.
Manakala filem The Thieves dan Secretly Greatly juga turut menguatkan nama aktor ini dalam dunia lakonan Korea.
Populariti yang dikecapi Kim di negara China juga membolehkannya menerima bayaran RM1.7 juta untuk tampil di program televisyen negara itu dengan didatangkan khas menaiki sebuah jet peribadi.
Selain itu, dia turut digelar sebagai Raja Iklan apabila membintangi lebih 30 buah iklan di negara China.