HAMPIR Hampir empat dekad beraksi di pentas lakonan, deretan filem yang dilakonkan pelakon versatil ini membuktikan kredibilitinya dalam bidang perfileman.
Menyelak penglibatan seni bintang ini, lebih daripada 70 filem telah dijayakan sehingga kini sekaligus meletakkan nama Liam Neeson sebagai salah satu tokoh seni yang berjaya mengekalkan popularitinya.
Pun begitu, pada usia 64 tahun ini, Neeson akhirnya membuat perubahan besar dalam kehidupan seninya apabila memilih sesuatu yang tidak pernah difikirkan peminatnya.
Menurut laporan media antarabangsa, pelakon filem Clash Of The Titans ini mengakui dunia lakonan sudah begitu lama sekali dalam hidupnya.
Bukan berhasrat untuk bersara, namun Neeson memilih untuk mencari kelainan dalam kariernya dengan memberi keutamaan dalam bidang komedi pula.
Nekad dengan keputusan yang diambil, bintang The Taken ini memberitahu bahawa dia hanya akan memberi keutamaan kepada filem berbentuk aksi untuk dua tahun ini sahaja.
"Untuk waktu ini, ada beberapa filem aksi yang masih belum menemui penonton. Namun, untuk tawaran yang akan datang selepas dua tahun lagi, saya hanya akan fokus untuk filem komedi sahaja.
"Sudah tiba masanya untuk saya melakukan perubahan dalam dunia seni kerana sehingga kini, tawaran yang diterima adalah dari genre yang sama," katanya lagi.
Taken 3, garapan luar biasa!
Mula terlibat dalam industri seni pada tahun 1978, Neeson diberi peluang untuk membintangi filem pertamanya, Pilgrim’s Progress dan seterusnya, Christiana, Nailed, Excalibur, Krull, The Bounty, Lamb, The Innocent, If Tomorrow Comes, The Mission, The Delta Force, Duet for One, Hold the Dream dan High Spirits.
Antara filem-filem lain termasuk The Dead Pool, The Good Mother, Next of Kin, Darkman, The Big Man, Under Suspicion, Husbands and Wives, Ethan Frome, Schindler’s List, Nell, Rob Roy, Michael Collins, Les Misérables, Everest, The Haunting, Star Wars, Gun Shy, The Endurance, K-19: The Widowmaker dan Gangs of New York.
Tidak terhenti di situ, kerjaya seninya terus mendapat tempat menerusi filem, Star Wars Episode II: Attack of the Clones, Martin Luther, Kingdom of Heaven, Batman Begins, The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe, Seraphim Falls, The Chronicles of Narnia: Prince Caspian, Taken, Five Minutes of Heaven, Ponyo, Chloe, Clash of the Titans, The A-Team, The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader, The Next Three Days, Wrath of the Titans, Battleship, The Dark Knight Rises, Taken 2, Third Person, Anchorman 2: The Legend Continues, The Lego Movie, Non-Stop, A Million Ways to Die in the West, A Walk Among the Tombstones dan Road.
Untuk tahun ini, Neeson bakal muncul menerusi Taken 3, Run All Night, Entourage, Silence, Ted 2 dan A Monster Calls untuk tahun hadapan.
Menerusi filem Taken 3 yang bakal ditayangkan pada 9 Januari ini, Neeson bertindak sebagai pengarah bersama dengan, Oliver Megaton. Akuinya, sekiranya Taken 2 bukan karya terbaik yang pernah dihasilkan, Taken 3 adalah bukti kredibilitinya.
"Saya rasa Taken 3 adalah sangat luar biasa dan saya tidak tahu kenapa saya melakukannya seperti ini. Ia adalah karya yang luar biasa!
"Jalan ceritanya sangat bagus dan ianya menghasilkan satu garapan yang istimewa," katanya lagi.
Profil
Nama Penuh : Liam John Neeson
Tarikh Lahir : 7 Jun 1952
Tempat Lahir : Ballymena, County Antrim, Northern Ireland
Pekerjaan : Pelakon
Tahun Aktif : 1978 hingga kini
Status : Duda
Bilangan anak : 2 Orang