Nowseeheart akhiri 13 tahun kemarau album


NOWSEEHEART dari kiri: Mohd. Huzaimi Mohd. Zaini, Idzhar Jumali, Azahari Abd. Rahman dan Muhammad Sariman Abd. Manap.

Pernah popular menerusi alunan Damai Yang Hilang sekitar tahun 1998, kumpu lan nasyid, Nowseeheart tampil dengan album terbaharu berjudul Katakan setelah hampir 13 tahun menyepi.

Masih bermain dengan konsep nasyid kontemporari sejak awal pembabitan aktif kumpulan tersebut pada tahun 1996, Katakan ditampilkan de ngan material yang lebih segar dan kontemporari sesuai dengan perkembangan muzik masa kini.

Masih dibarisi oleh empat anggota asal kumpulan tersebut termasuk Muhammad Sariman Abd. Manap, Azahari Abd. Rahman, Idzhar Jumali dan Mohd. Huzaimi Mohd. Zaini, Nowseeheart berharap agar sembilan buah lagu yang diterbitkan melalui album tersebut akan mendapat tempat dalam hati peminat muzik nasyid.

Ditebak mengenai konsep yang di terapkan melalui album keenam itu, salah seorang anggota kumpulan Nowseeheart, Sariman memberitahu, album berkenaan sememangnya sebuah album yang lahir daripada rangkuman keseluruhan album Nowseeheart.




“Sejak awal kemunculan kami pada tahun 1996, pelbagai elemen baharu telah diterapkan bagi memberi kelainan terhadap muzik nasyid. Perubahan tersebut disesuaikan dengan bentuk muzik yang menjadi ikutan ketika itu.

“Untuk album terbaharu ini pula, kami sendiri banyak melakukan perubahan daripada segi pengisian lirik. Menekankan unsur yang lebih santai dan bersahaja, kami mahu muzik nasyid mampu dikomersialkan sama seperti muzik lain,” ujarnya usai sesi pelancaran album tersebut di Terrace Restaurant, Damansara Utama, Peta ling Jaya, Kuala Lumpur.

Berbicara lanjut mengenai album tersebut, Idzhar bercerita tentang tempoh yang lama diambil untuk menerbitkan album baharu itu. Menurut Idzhar, mereka tidak mempunyai masa yang sesuai untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap album studio.


Album terbaharu kumpulan ini ditujukan khas kepada salah seorang anggota kumpulan Nowseeheart, Bob (duduk kiri) yang meninggal dunia pada Mac tahun lalu.

“Tempoh 13 tahun tanpa album baharu bukanlah bermaksud kami kurang aktif ataupun meninggalkan secara langsung dunia seni. Ba gaimanapun, kami lebih menumpukan perhatian kepada penerbitan album kompilasi dan kolaborasi bersama artis lain.

“Disebabkan hal tersebut, kami kurang memberi perhatian untuk menghasilkan album dan mengadakan majlis pelancaran album secara formal,” katanya yang merasakan lagu Damailah Di Sana merupakan sebuah buah tangan istimewa yang terdapat di dalam album terbaharu itu.

Berbicara mengenai keistimewaan album itu juga, Mohd. Huzaimi memberitahu, Katakan merupakan sebuah album yang sangat tinggi nilai sentimental buat kumpulan Nowseeheart. Album itu didedikasikan khas buat salah seorang anggota kumpulan ter sebut, Bob atau nama sebenarnya Firdaus Baharuddin yang meninggal dunia Mac tahun lalu akibat penyakit lemah jantung.

“Album ini khas buat Allahyarham Bob, terutamanya menerusi lagu Da mailah Di Sana. Tentunya pemergiannya Bob satu kehilangan besar kepada kumpulan kami. Arwah merupakan salah seorang tulang belakang dalam menggerakkan Nowseeheart suatu ke tika dahulu,” ujar Huzaimi sebak.

Album terbaharu kumpulan

Now seeheart, Katakan telah pun berada di pasaran sejak Disember tahun lalu. Album terbitan Inteam Records Sdn. Bhd. dan edaran bersama Sony Music Malaysia itu juga boleh didapati di seluruh rangkaian kedai buku Popular dan MPH Bookstores dengan harga RM19.90.



Previous Post Next Post