Barubaru ini, pelakon Emma Maembong telah mengesahkan hubungan cintanya dengan aktor Zizan Razak telah berakhir. Malah Emma turut mengakui sudah tidak mampu bertahan lagi dengan sikap Zizan dan tidak mahu terus merendam air mata.
Walaubagaimanapun, ini pula kenyataan balas bagi pihak Zizan bagi mengulas tentang punca sebenar dia dan Emma berpisah.
“Sebenarnya, tiada perselisihan serius antara kami. Emma marahkan saya kerana hendak membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi kerana dia tidak suka lelaki yang membazir. Malah, niat saya juga ditentang oleh ibu saya sendiri. Itu yang menjadi punca perpisahan kami,” ujarnya.
Menurut Zizan, Emma memang melarang keras niatnya untuk membeli kereta mewah oleh itu Zizan menepis tuduhan bahawa Emma seorang perempuan kaki kikis.
Malah mengakui jauh di sudut hatinya masih mencintai Emma.