Zizan Razak Sedia Hadapi Perbicaraan



Tahun 2015 merupakan tahun yang cukup mencabar buat Zizan Razak dan kini beliau bersedia untuk menghadapi perbicaraan membabitkan dirinya yang disaman oleh bekas pengurus peribadi, Marina Juki berikutan isu perlanggaran kontrak syarikat mereka.

Menurut sumber yang dipetik daripda Harian Metro, Zizan sendiri sudah cuba menyelesaikan isu tersebut dengan cara baik melalui proses mediasi, namun gagal mencapai sebarang persetujuan. Perbicaraan penuh ditetapkan pada November ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.




Pada 30 September tahun lalu, Marina, 30, sebagai plaintif memfailkan saman terhadap Zizan berhubung perlanggaran kontrak. Plaintif mendakwa pada 3 Mei 2011, dia bersama Zizan sudah menandatangani perjanjian dengan melantik Marina sebagai pengurus peribadi.

Melalui perjanjian itu, Marina mendakwa dia berhak ke atas 15% daripada jumlah pendapatan Zizan selama empat tahun iaitu sehingga 2 Mei 2015. Bagaimanapun plaintif mendakwa pada Mei 2014, pihak Astro mengesahkan Zizan di bawah pengurusan mereka dan kontrak bernilai RM2 juta tanpa persetujuan syarikat dan pengurus peribadinya.

Apa yang pasti, Zizan perlu kuat dalam menghadapi cabaran pada tahun baru ini. Boleh jadi, cabaran ini bakal membuatkan Zizan semakin matang dan mampu mengorak langkah yang lebih cemerlang di dalam industri hiburan tanah air.



Previous Post Next Post