Fazura Terima Jika Berjodoh Dengan Taufik Batisah, Akui Serasi Berkawan



Jika sebelum ini, Fazura sendiri mengakui bahawa dia memang suka berkawan dengan Taufik Batisah malah ada juga usikan nakal gambar perbualan mereka yang mengatakan mereka sudah bertunang. Dan dalam video temubual bersama HLIVE!, salahkah jika kami katakan mereka seakan serasi bersama?




Menurut Fazura, mungkin dalam nada bergurau atau mungkin serius, mengakui, jika sudah jodoh mereka, dia bersedia menerimanya.

“Saya terima kalau jodoh saya. Taufik seorang yang smart, dan kelemahan saya ialah seorang smart, well-behaved, yang ada karisma,” jawab Fazura jujur.

Manakala bagi Taufik, kali terakhir dia berjumpa Fazura adalah ketika tahun 2004 dan mengatakan mereka sememangnya sudah lama berkawan baik.

“Bila kita jumpa balik, kita macam ambik gambar selfie-selfie gitu. Benda-benda yang sederhana. Mungkin orang suka nak kaitkanlah,” menurut penyanyi lagu Awak Kat Mana tersebut.

Kami tidak mahu cakap banyak sebab jika anda lihat sendiri video tersebut, anda boleh tafsir sendiri senyuman serta reaksi Fazura yang bagaikan sangat selesa apabila bersama dengan Taufik. Fazura jangan tunggu lama-lama sangat, peminat pun ramai sudah setuju. Eh.



Previous Post Next Post