Selalunya jika kita lihat gambar pra perkahwinan para selebriti atau sesiapa sahaja, pastinya ianya akan penuh glamor dengan persalinan ekstravaganza namun buat pasangan Sharifah Sakinah dan bakal suaminya Aliff Adha ianya bukan satu kemestian.
Memuat naik beberapa keping gambar terbaru di Instagram, Sharifah Sakinah dilihat lebih selesa dengan konsep mengambil gambar pra perkahwinan di lorong pejalan kaki kediaman beliau sahaja tanpa perlu ke taman bunga atau mengenakan gaun pengantin mewah.
Kami pun suka lihat konsep santai sebegini yang pastinya akan lebih diingati selepas berkahwin kelak. Selama ini pun, Sharifah Sakinah memang dikenali dengan imej selebriti yang selamba dan happy go lucky — dapat pula bakal suami sekepala, bagus!
Sharifah Sakinah bakal disatukan Aliff Adha, seorang juruterbang pada 28 Mac depan di Putrajaya. Ia diikuti dengan majlis resepsi mereka pada 4 April di sebuah dewan di Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF).