PENYANYI rap, Iggy Azalea mengambil keputusan untuk memadam akaun Twitter miliknya gara-gara salah satu gambarnya diejek kerana mempunyai selulit.
Gambar yang diambil oleh paparazi ketika dia sedang bercuti dengan berbikini bersama kekasihnya Nick Young.
Iggy mengakui berasa terhina dan mengamuk di Twitter sebelum bertindak memadam akaun tersebut.
"Baru pulang dari bercuti, cek di Twitter dan mengetahu hal yang mengejutkan gara-gara menjadi wanita yang mempunyai selulit,"
"Saya ingin memberitahu peminat, saya akan meninggalkan media sosial untuk sementara kerana saya ingin berbahagia. Media sosial selalu negatif dan membuatkan saya penat," tulisnya.
Ini bukan kali pertama Iggy berhadapan dengan masalah media sosial.
Pada Disember 2014 lalu, penyanyi ini diserang dengan tuduhan rasis.