Kim Kardashian ada masalah rahim



SELEPAS dunia hiburan Hollywood digemparkan dengan berita aktres tersohor Angelina Jolie yang membuang ovarinya baru-baru ini, terkini bintang realiti Kim Kardashian pula dilaporkan mengalami nasib hampir serupa.

Berita mengejutkan itu dikongsikan sendiri oleh Kim, 34, dalam episod terbaru rancangan Keeping Up With The Kardashians baru-baru ini.

Dalam episod itu, Kim mendedahkan bahawa kemungkinan untuk dia melahirkan lebih ramai anak pada masa akan datang adalah mustahil.

"Saya baru sahaja berjumpa doktor dan mereka meminta saya untuk menjalani satu pembedahan bagi membersihkan bahagian dalam rahim saya.


"Doktor itu menambah bahawa jika selepas ini saya hamil, itu mungkin peluang terakhir buat saya kerana mereka mengesan terdapat plasenta pada rahim saya," ujar Kim.

Tambah memeritkan, Kim memberitahu bahawa dia berisiko untuk mengalami pendarahan yang teruk pada kehamilan seterusnya.

"Sewaktu saya mengandungkan North dahulu, saya rasakan tiada sesiapa boleh membayar dengan wang untuk pengalaman indah seperti itu.

"Namun, kini tiada perkara lain yang saya mahukan selain hamil," luahnya.

Previous Post Next Post