Kylie Jenner takut tua



Baru berusia 18 tahun, namun nama Kylie Jenner menjadi begitu hangat dan paling kerap dikaitkan melakukan banyak pembedahan plastik pada fizikalnya.

Selain pernah dituduh melakukan pembedahan pada bahagian bibirnya agar kelihatan lebih tebal dan menyerlah, adik kepada selebriti Kim Kardashian itu juga didakwa memasukkan implan ke dalam payu daranya.

Sudah lali dengan pelbagai pertuduhan tersebut, Kylie dalam satu temu bual dengan E! Online memberitahu dia tidak kisah dengan pandangan khalayak terhadap dirinya kerana lebih mengenali dan tahu apa yang dilakukan selama ini.


Kekasih kepada rapper Tyga itu menegaskan dia tidak pernah menentang proses tersebut yang dilakukan oleh banyak individu di seluruh dunia. Namun katanya, buat masa sekarang, dia tidak melihat pembedahan plastik sebagai satu keperluan buat dirinya.

“Saya tahu banyak orang mendakwa saya melakukan banyak pembedahan plastik pada seluruh tubuh. Buat masa ini belum lagi, tapi saya tidak menentang sesiapa yang melakukannya,” ujar Kylie.

Sementara itu, dalam satu temu bual berasingan, Kylie mengaku dia takut menjadi tua dan tidak mahu usianya meningkat menjadi 20 tahun.

Katanya: “Benar-benar menakutkan apabila dalam masa setahun semuanya berjalan dengan pantas. Saya takut menjadi tua dan melalui pertambahan usia.”

Previous Post Next Post