Lee Min Ho Menyanyi demi peminat



NAMA Lee Min Ho tidak lagi asing sebagai model dan aktor di Korea Selatan. Bahkan bintang tinggi lampai ini juga turut mendapat tempat di kalangan peminat di seluruh Asia.

Tidak hanya berbakat dalam bidang lakonan, pelakon utama Boys Over Flower ini turut mempunyai bakat dalam bidang seni suara dan telah melancarkan dua albumnya iaitu My Everything pada 2014 dan A Song For You pada awal tahun 2015.


Namun apa yang membanggakan, keberanian Min Ho untuk menyanyi adalah disebabkan para peminatnya.

Kata Min Ho, kemunculannya sebagai penyanyi adalah untuk meraikan peminat setianya yang telah lama menyokongnya.

"Saya mulai menyanyi sejak bertemu dengan peminat dan dalam masa yang sama, apabila mengadakan konsert, secara tidak langsung saya dapat bertemu peminat di seluruh dunia," katanya.

Previous Post Next Post