Balik Umrah, Syarul Ridzwan Elak Adegan Mesra



Setelah pulang daripada mengerjakan umrah, pelakon yang mula popular melalui drama Hati Perempuan, Syarul Ridzwan mengakui dia sebolehnya mahu membataskan lakonan terutama membabitkan babak berpegangan, peluk dan romantik.

“Sebenarnya, sebelum pergi umrah lagi saya sudah elak berlakon adegan sebegitu. Bagaimanapun, saya tidak mahu ada pihak beranggapan pulang dari umrah terus berubah 100 peratus. Cuma selepas ini saya akan had dan elakkan adegan sedemikian”


“Bukan sahaja dalam lakonan tapi pergaulan di luar juga. Jika masih ada dalam skrip, saya akan berbincang dengan pengarah,” kata pelakon ini yang tidak pernah lagi melakonkan babak keterlaluan kepada Harian Metro.

Tahniah kepada Syarul dengan niatnya untuk berubah ke arah yang lebih baik dan semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga drama Melayu di negara ini akan bebas maksiat satu hari nanti.

Previous Post Next Post