Fasha Sandha Belum Rancang Tambah Anak



Kehadiran dua cahaya mata di dalam kehidupannya kini sememangnya memberi sinar yang cukup bahagia kepada Fasha Sandha, namun dalam masa yang sama, sebenarnya sang suami mahu menambah anak lagi.

“Sebenarnya suami memang mahu menambah anak lagi tapi saya sahaja yang belum bersedia. Kalau boleh saya mahu menjarakkan sedikit memandangkan usia mereka rapat. Tapi semua saya serahkan kepada Allah. Jika ada rezeki mempunyai anak lagi (waktu terdekat) saya terima”


“Kalau lambat pun tak kisah memandangkan saya sudah memiliki anak,” jelas Fasha kepada Utusan Malaysia sambil memberitahu dia tetap mengutamakan kepentingan keluarga berbanding perkara lain apatah lagi anak keduanya masih lagi menyusu badan.

Selain mengakui jadual kerjanya yang padat, Fasha juga menyatakan bahawa sebenarnya untuk meninggalkan rumah bukan sesuatu yang mudah kerana perlu melayan kerenah cahaya matanya agar tidak meragam apabila dia keluar ke lokasi penggambaran.

Semoga keluarga bahagia ini akan terus bertambah serinya dan yang paling penting, Fasha bijak membahagikan masa bersama keluarga tersayang. Jika bertambah lagi ahli keluarga nanti, pasti lebih meriah, bukan?

Previous Post Next Post