Baru-baru ini, pasangan merpati sejoli lagi bahagia, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha telah berkongsi kegembiraan meluangkan masa bersama bermadu kasih dan berbulan madu di kepulauan Bora Bora. Umum mengetahui bahawa tempat penginapan mereka ini juga bukan calang-calang harganya.
Menurut Hairul, apa yang dilihat oleh orang ramai tersebut merupakan hasil titik peluhnya dan simpanannya sendiri malah dalam masa yang sama mendedahkan, percutian mereka itu sememangnya menjadi impian mereka berdua.
“Kami tak ditaja langsung sebaliknya menggunakan duit sendiri. Ini ‘upah’ terhadap kerja kerja keras saya selama ini. Saya bukan orang yang boros dan suka keluar ke sana sini. Setiap sen yang diperoleh, saya simpan,” jelasnya kepada Harian Metro.
Selain itu, Hairul juga menyatakan bahawa sepanjang mereka bercuti di sana, mereka menghabiskan masa berdua selain turut sempat mencuba pelbagai aktiviti yang ada di sana malah perkongsian gambar mereka di Instagram juga mendapat pujian daripada peminat kerana terlalu manis katanya