Baru-baru ini, Harith Iskdaner telah meninggalkan komen yang kurang manis untuk dan ada pihak menyifatkan tindakannya itu seperti tidak peka dengan kekurangan individu lain atau lebih tepat, tidak peka dengan sensitiviti golongan OKU.
Melalui gambar yang dikongsikan bersama di forum CARI, Harith telah meninggalkan komen berkaitan sebuah program yang ke udara dalam bahasa Melayu tetapi dalam masa yang sama masih menggunakan bahasa Malaysia sebagai sarikata (subtitles).
Kami pasti bukan saja Harith yang turut merasakan perkara yang sama, lebih-lebih lagi sudah menjadi kebiasaan untuk program atau rancangan dalam bahasa Malaysia akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai sarikata. Bukan senang menjadi seorang Harith Iskander rupanya kerana setiap jenaka menjadi perhatian.
Mungkin Harith kena kena keluarkan satu lagi permohonan maaf seperti yang pernah dilakukannya berikutan isu wombat yang dianggap babi oleh sesetengah golongan Melayu yang terlalu sensitif.