Melihatkan pulangan daripada perniagaan yang semakin positif, Norman Hakim dan juga Memey Suhaiza membuat keputusana untuk melebarkan lagi sayap dalam bidang tersebut dengan berdiri di atas jenama Meylana.
Malah perniagaan yang hanya bermula tahun lalu itu kini sudah mampu menjana RM300,000 sekaligus membuatkan pasangan ini lebih bersemangat untuk membuka butik di Dataran Wangsa Melawati selain ia turut memudahkan urusan mereka dengan pelanggan.
“Tahun lepas melebihi RM300,000. Dari situlah kami kumpul modal untuk buka butik di Dataran Wangsa Melawati. Lagipun bila dah ada satu lokasi tetap ia memudahkan urusan dengan pelanggan,” jelas Memey kepada ruangan Zass oleh Sinar Harian.
Bagaimanapun menurut Memey, dorongan positif daripada perniagaan tersebut bukanlah bermaksud dia mahu berhenti terus daripada bidang lakonan cuma pelakon ini mengehadkan kepada tawaran penggambaran yang pendek atau satu hari sahaja.
Semoga Memey dan juga Norman berjaya dalam perniagaan yang diusahakan selain dipermudahkan urusan dan dilimpahkan rezeki tidak henti-henti.