Lavigne kembali selepas menderita lyme



PENYANYI Lavigne kini sembuh daripada penyakit yang merebak akibat gigitan sejenis kutu.

Avril Lavigne pernah memberitahu, dia sangat menderita ketika menghidap penyakit lyme yang biasanya merebak disebabkan gigitan sejenis kutu.

Selepas setahun menyepikan diri daripada penyakit tersebut, Avril akhirnya membuat kemunculan semula di pentas Olympics World Games 2015 baru-baru ini.


Penyanyi dan pemain gitar berusia 30 tahun itu berasa teruja kerana diberi kesempatan menyanyikan single terbaharunya yang berjudul Fly.

“Ini adalah malam yang sangat indah untuk saya dan sangat gembira kerana mendapat peluang menyanyi di atas pentas selepas berjuang melawan penyakit lyme,” tulis Avril di akaun Instagramnya.

Penyanyi lagu Complicated itu menderita lyme sejak 2013 dan berjuang melawannya. Biarpun kini dirinya belum sembuh sepenuhnya, namun Avril kembali bagi mengubati kerinduan peminat-peminatnya.

Previous Post Next Post